Thursday, May 3, 2012

HARAPAN

0 comments

 Mimpi itu mainan
Diharap kenyataan menjelma
Jika tidak hampa la hati
Kerana mengharap pada bayangan
Hati terus membisik
Mengharap bisikan itu sampai
Sampai pada yang menanti
Bukan pada yang simpati
Siang malam silih berganti
Ibarat gelas yang kosong
Lampu tidak bercahaya
Satu perkataan yang diinginkan
Justeru wujud satu perasaan
Ibarat di syurga jika milikinya
Syurga yang senantiasa diinginkan
Syurga itu juga mampu berubah
Menjadi neraka yang hebat
Jika nafsu menguasainya
Gelap dan hitam la segalanya
Punah harapan serta impian

Wednesday, March 7, 2012

MENSYUKURI NIKMAT ALLAH

0 comments
Assalamualaikum wahai hamba Allah,khalifah bumi,dan umat kebanggan Nabi Muhammad SAW.

Apa khabar anda yang sedang membaca?diharapkan saat anda semua membaca saya punya blog ni anda dalam keadaan yang tenang dan paling penting tidak stress.haa.kalau stress jangan baca sekarang,bila dah relax tu baru baca.haa.baru la best.hee..

Baiklah seperti tajuk yang dah pon anda lihat dan disertakan dengan gambar itu bukan.haa.nak tanya menarik tak gambar tu?haha...jawab dalam hati je la ye.

baiklah diteruskan mengenai topik mensyukuri nikmat Allah.kita bermula dari perkara yang simple ye.

menurut islam.syukur membawa erti pengakuan hati terhadap satu ganjaran,atau nikmat yang dikurniakan oleh Allah taala.melihat kepada makna syukur itu sudah jelas menunjukkan kita perlulah mensyukuri nikmat Allah walaupun sekecil kecil nikmat.

nikmat ini ada pelbagai jenis.kita hidup di dunia ini nikmat Allah.kita tidur juga nikmat Allah.kita terjaga dari tidur juga nikmat kurniaan Allah.namun ramai di kalangan manusia termasuklah diri ini sendiri selalu menyalah aggap tentang nikmat Allah taala.

kenapa saya katakan kita selalu salah anggap mengenai nikmat Allah..bukan bermakna kita x tahu apa itu nikmat Allah namun kita nampak nikmat itu bila ia datang dalam keadaan yang besar,mewah dan seperti apa yang kita inginkan.contohnya,bila kita ada rumah banglo lima tingkat la katakan.yeah.barulah itu katakan nikmat Allah.namun bila kita ada rumah flat yang 12 tingkat sekalipon.kata kita.alaa..rumah flat je pon.apa nak dibanggakan.

contoh lain pula,bila kita pakai kereta mewah macam bmw atau honda barangkali.barulah itu kita kata nikmat .namun bila pakai kancil je.alaa.tu belum nikmat lagi tu.come one laaa wahai umat kebanggaan Nabi Muhammad saw,jangan la benda yang besar2 je koorang nak bangga dan baru korang tahu erti nak bersyukur.kalau macam tu perangai korang.itu namanya korang x bersyukur tapi korang khufur dengan nikmat pemberian Allah..

ini bukan.sekadar nak mengingatkan diri ni sendiri serta korang semua la.kita ni hidup kena la saling ingat mengingati..

apa apa pon aku bukan lah manusia yang sempurna.masih belajar dan terus belajar di jalan Allah ini.apa yang aku tahu aku kongsikan insyallah...rasanya cukup la post untuk kali.insyallah post akan datang aku nak bercerita mengenai cinta pulak.haa.mesty ramai suka kan.aku akan ajar korang teknik mengorat menurut islam.mudah je tau.jadi.nantikan lah yee..

Assalamualaikum.peace yawwwww..

Monday, August 8, 2011

Jodohku

0 comments

Apa khabar jodohku?

Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?

Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.

Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.

Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku, sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.

Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.

Jodohku, aku rindu..

Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.

Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku..

Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.

.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.

Jodohku..

Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.

Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.

Jodohku..

Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.

Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.

Jodohku..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.

Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.

Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.

Jodohku..

Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.

Jodohku..

Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.


BUATMU JODOHKU..

1 comments

Assalamualaikum...

Apa khabar bidadariku? Semoga bakal isteriku ini sentiasa tenang berada dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal alamin..

Bidadariku,

Tahukah dikau yang aku sentiasa merinduimu? Aku sentiasa berdoa agar dipertemukan denganmu kelak dan sesunggunhnya Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Dia telah menemukan aku denganmu.. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini, namun aku dapat merasakan bahawa engkaulah gadis solehah yang aku cari-cari selama ini.

Sayangku,

Sesungguhnya aku amat tertarik akan keindahan akhlak peribadimu dan itu amat membuatkan hatiku berdebar saat bertemu denganmu walaupun kau sentiasa menundukkan pandangan mata. Aku masih dapat melihat terpancarnya sinar nur dari wajahmu. Aku tidak memandang pada kejelitaan.. walau kurangnya paras rupamu, aku tetap bertekad ingin menyuntingmu buat menjadi isteriku dunia dan akhirat.

Wahai bidadariku,

Aku tidak sabar untuk menjadi suamimu.. merawat luka dan menghiburkan hatimu agar dikau sentiasa bahagia dalam mencari redha Ilahi, ku juga ingin merasa belaian mesra dari mu. Kerna itu aku sentiasa berdoa agar dikau menjadi pendampingku.

Kekasihku,

Aku ingin sentiasa membisikkan kalimah-kalimah suci di telingamu.. agar dikau dapat merasakan besarnya keagungan Allah s.w.t. Ku ingin mengejutkanmu saat malam yang dingin untuk sujud menyembah Ilahi.. Aku ingin membimbingmu dan aku juga mahu agar dikau sentiasa bersedia untuk menegur segala kekhilafanku.

Buat bakal isteriku,

Redha dan terimalah atas apa-apa sahaja ketentuan-Nya. Kerana Dia lebih mengetahui.. Jika benar kau adalah jodohku dan bakal calon bidadariku, aku memohon pada Ilahi agar dipercepatkan ijab dan kabul ini agar aku sah menjadi suami yang dapat mengimamkan solatmu..

Sekian sahaja warkahku ini..

Hanya satu pesananku. Jika kau mencintaiku, cintailah aku kerana Ilahi. Kerana aku hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa melainkan sekeping hati yang ikhlas mencintaimu kerana Allah..

Ikhlas daripada bakal suamimu..

Wednesday, June 15, 2011

DI MANA?

0 comments
DI MANA KAH AGAKNYA?

ANDAI AKU TAHU LOKASI NYA PASTI SEKARANG JUGA AKU AKAN TERUS KE SANA UNTUK BERTEMU DENGANNYA.

PELIK BUKAN?

APA AKU TENGAH MERAPU NI?..

HAAA..INILAH NAMANYA MAKNA TERSIRAT...

KORANG KENA CARI SENDIRI APA MAKNANYA..

YEEE..AKU BERCERITA MENGENAI CINTA.

TAHU APA ITU CINTA??..
PADA YANG SEDANG HANGAT BERCINTA SUDAH PASTI SANGAT DAN SANGAT MENGETAHUI APA ITU CINTA BUKAN.

YEE..NAMUN KITA TERLUPA APA MAKNA DAN TUJUAN SEBENAR KITA BERCINTA.

SESUNGGUHNYA CINTA YANG AKAN DIRESTUI IALAH CINTA KERANA ALLAH TAALA.
BUKAN CINTA KERANA CANTIK MAHUPUN LAWA.TAPI KERANA ALLAH.
JADI SEKARANG BAGI YANG TENGAH HANGAT BERCINTA.FIKIRKAN LAH APA SEBAB ANDA BERCINTA?ADAKAH KERANA ALLAH TAALA ATAUPUN SEBALIKNYA??..
MARI KITA FIKIRKAN BERSAMA..
JIKA ADA YANG BERCINTA KERANA PARAS RUPA??INGATLAH PARAS RUPA YANG LAWAN MAHUPUN CANTIK TIDAK AKAN KEKAL SELAMANYA.DENGAN SEKELIP MATA SAHAJA ALLAH BOLEH MERAMPAS KESEMPURNAAN ITU.

JADI,MARILAH BERSAMA KITA MENGINGATKAN DIRI MASING2 MENGENAI PERKARA INI DAN JUGA BERKONGSILAH DENGAN RAKAN ANDA KERANA SESUNGGUHNYA PERKONGSIAN ILMU YANG BAIK ITU SANGAT DITUNTUT OLEH ALLAH TAALA.


Monday, June 13, 2011

Memburu Cinta Sejati, Dalam Rangka Mencari Keredhaan Ilahi

0 comments
Assalamualaikum...

sudah lama jugak aku tidak menaip di ruang blogger ini.

kita terus kepada tajuk di atas yee."Memburu Cinta Sejati, Dalam Rangka Mencari Keredhaan Ilahi"

sesungguhnya hidup di dunia ini kita perlukan teman bukan?teman untuk berbual,teman untuk bergurau senda dan sudah pastinya yang dicari adalah teman dikala kita sedang berduka.

namun sedar tak sedar dalam proses kita mencari teman ini ataupun lebih popular dengan panggilan "kekasih" kita terlupa akan firman Allah s.w.t iaitu.

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan pasangan yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?


baiklah.itu faktanya.

ringkas tepat dan padat.mari kita fikirkan bersama yeee..bukan untuk aku.tapi untuk anda semua.

Assalamualaikum