Wednesday, October 17, 2012

Part 1 CATATAN BICARA HATI

0 comments


Setiap manusia ada hati, setiap hati ada erti, setiap erti terselindung berjuta makna, setiap makna cuba diertikan. Kisah ini berbicara soal hati dan pastinya berkaitan tentang perasaan. Terkandung sebuah kisah yang terdapat pelbagai perasaan bercampur di dalamnya.

Duduk berseorangan di tepi jendela memerhati ke luar merenung ke atas langit menatap keindahan cahaya bulan di malam hari. Di sudut hati, terdetik pelbagai perasaan yang membawa berjuta erti. Sukar nak diluahkan apatah lagi untuk disimpan. Di telinga dimainkan lagu-lagu instrumental berbentuk ketenangan berentak perlahan cukup menghiaskan malam bersama di hati.

Aman, masih lagi terus berada di tepi jendela itu, seolah olah masih mengharap akan hadirnya sesuatu, mulutnya seakan akan sedang mengucapkan sesuatu ataupun berdoa akan sesuatu. Hari berganti hari, malam terus berganti, dia masih tidak lelah menanti . Itulah Aman.

Laungan azan Subuh berkumandang di sekitar Kolej Hassan, mengejutkan manusia dari tidur membawa roh kembali bersama jasad. Aman masih tidak sedarkan diri, namun 5 minit kemudian deringan jam loceng tepat jam 6 pagi dengan pantas membuatnya sedar dari lena dan mengembalikan dia ke alam nyata.

Dengan pantas langkah diatur menuju ke bilik air lantas menyucikan diri dengan berwuduk. Sejadah dibentang, tegak berdiri, mata tertumpu ke arah sujud dan niat di hati. Salam sudah diberi, muka disapu, doa dipanjatkan sepenuh hati, wajah penuh ketenangan terpancar di muka aman setelah selesai menunaikan tanggungjawab nya.

Aman kembali ke tempat tidurnya namun mata tidak dipejam. Dia mengelamun seketika, memasukkan bayangan impiannya ke dalam akal fikirannya yang mula melayang mencipta suatu dunia bayangan di bawah pemerintahannya sendiri. Ada ketika riak wajahnya gembira, ada ketika berduka. Entah apa agaknya bermain di fikirannya itu.

Tiba- tiba, dia terus tersentak dari alam bayangan kerana bunyi bingit dari telefonnya. Terus dicapainya telefon itu dan………….BERSAMBUNG…………

Monday, October 8, 2012

AKU

0 comments
Aku sedar siapa
Entah baik entah tidak
Tidak tahu apa lagi dimengertikan
Jawapan persoalan tersembunyi
Merata rata dicari sepuas hati
Setahu hati ini lemah
Meski dekat pada NYA
Yang lalu terlalu kuat
Menimbuskan yang di depan
Punca baru perlu dikembalikan
Hapuskan apa di belakang