Tuesday, August 31, 2010

INSAN YANG DISAYANGI.....

0 comments
lahirnya kita di dunia ini kosong sahaja tiada apa-apa,
namun INSAN ini telah mengajar kita segalanya,
membesarkan kita tanpa mengharap sebarang balasan menyusul,
dengan satu harapan agar kita menjadi orang yang berguna...

ketika ketika menangis,
INSAN ini juga yang menenangkan kita,
kadang2 tangisan kita membuat INSAN ini terjaga dari tidur yang enak sambil ditemani mimpi yang indah,
namun INSAN ini tidak pernah sesekali mengeluh untuk menjaga kita,

ketika kita sakit,
INSAN ini juga yang sentiasa merawat kita,
sentiasa menjaga makan dan minum kita agar kita kembali sihat walaupun ketika INSAN ini juga sedang sakit...

ketika kita kecil dulu,
INSAN ini menegur kita jika ada salah yang dilakukan,
ketika kita lupa INSAN ini lah yang mengingatkan kita,
menghiburkan kita ketika dalam kedukaan,
penyembuh bagi kita ketika terluka....

KINI...
kita telah dewasa,
kita sedang enak mengejar cita-cita kita...

pernah tak walau sesaat mahupun sedetik kita mengingati INSAN ini???

jika pernah,
beruntung INSAN ini dan beruntung juga pada diri kita...

jika tidak,
kita lah golongan manusia yang tak pernah mengenang budi....

cuba kita imbas kembali,
ketika INSAN ini dalam kesedihan,
pernah kita mengesat air mata nya??
ataupun kita sendiri yang telah menumpahkan air mata INSAN ini???

ketika INSAN ini sakit,
pernah kita merawat nya??
mahupun menjenguk di rumah walaupun seketika??
entah-entah kita lah punca kesakitan INSAN ini???
disebabkan kita lah INSAN ini sakit...

ketika insan ini kesepian,
pernah tak kita cuba untuk menemani nya??
ataupun kita lah punca kesepiannya???
INSAN ini ditinggalnya kita sendirian di rumah???

begitu besar saja INSAN ini yang bergelar IBU,

jangan sesekali kita membuat ibu kita menitiskan air mata kekecewaan,
biarlah air mata yang menitis itu merupakan air mata kegembiraan...

ingat lah wahai semua insan yang bergelar manusia,
di kesempatan yang ada sama-sama lah kita,
jumpa ibu kita,peluk lah ibu kita seeratnya,
siapa tahu mungkin esok tiada lagi suara ibu dapat kedengaran...

wassalam....

-karya AMEER-