Friday, July 27, 2012

IHSAN


Ihsan dari segi bahasa membawa maksud membuat sesuatu yang baik.

Dari segi istilah syarak pula ialah Peribadatan insan terhadap Allah (penciptanya) seolah-olah dia melihat Allah. Seandainya dia tidak dapat melihat Allah maka yakinlah bahawa Allah melihat dirinya, peribadinya, dan mengetahui isi hatinya.
Ihsan ini sendiri boleh diumpamakan dalam kehidupan seharian kita ini apa sahaja yang kita buat kita dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang sentiasa memerhatika kita.

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka manfaat) kebaikan yang dilakukan itu akan kembali kepada diri kamu juga. Dan jika kamu melakukan kejahatan maka (kesannya) kembali juga kepada kamu”(Surah al-isra ayat 7)

Ayat ini sendiri menjelaskan tentang betapa tingginya kedudukan Ihsan itu sendiri dan menerangkan bahawa apa sahaja yang kita lakukan baik atau sebaliknya kesannya pasti akan kembali pada diri kita sendiri.

Ada sebuah kisah yang ingin saya kongsikan mengenai Ihsan ini sendiri,

“Khalifah Sayidina Umar al-Khatab r.a pada zaman pemerintahannya sering membuat rondaan pada waktu malam untuk meninjau kehidupan rakyatnya. Pernah suatu ketika beliau sampai ke sebuah rumah. Di situ ibu dan anak perempuannya sedang bergaduh tentang susu yang ingin dijual sama ada hendak dicampur air atau tidak. Seandainya orang lain tidak Nampak, maka hendaklah ia yakin bahawa Allah Nampak dan memerhati gerak lakunya dan tindak tanduknya. Diringkaskan cerita anak tadi berkata walaupun Sayidina Umar tidak Nampak perbuatan mereka, namun Tuhan kepada Sayidina Umar Nampak apa yang mereka ingin lakukan. Maka hasrat untuk mereka menipu dilupakan begitu sahaja”

Dari kisah itu sendiri cukup menyatakan dengan jelas bahawa kita sendiri perlu yakin bahawa setiap apa yang kita lakukan dan setiap apa yang kita hasratkan Allah tahu dan Allah sentiasa memerhatikannya. Justeru konsep Ihsan ini sendiri sangat perlu diambil berat oleh kita semua selaku Hamba Allah dan Umat Muhammad yang disayangi. Insyallah mudah mudahan jika baik yang kita buat maka baik lah yang kita dapat begitu jua sebaliknya. Assalamualaikum.

0 comments:

Post a Comment