Thursday, November 25, 2010

Friday, November 19, 2010

BUATMU.......

0 comments
Mungkinkah diri ini tercipta untukmu
Ataupun dirimu telah tercipta untukku
Adakah kau pemilik tulang rusuk ku ini
Yang ku cari selama ini di segenap hidupku
Adakah kau pelengkap diriku ini
Yang ku cari selama ini untuk mengisi segenap ruang hidupku

Suaramu gemersik ibarat buluh perindu
Jika kau lagukan
Jika kau dendangkan
Ia dapat mengisi di ruang hatiku

Senyummu menusuk dan membelai di kalbu
Jika kau ukirkan
Jika kau pamirkan
Menjadi hiasan hidupku

Tiada kata mahupun ayat yang mampu untuk merungkaikan kecantikan mu

Tiada gambar mahupun lukisan untuk ku tunjuk perasaan ku ini

Tiada terkata seindah bahasa untuk ku huraikan untuk ku belaikan dirimu

Senyummu cuba ku ukir
Tawamu cuba ku lukis
Untuk menjadi susunan terindah potretku

Tiap katamu cuba ku syairkan
Tiap janjimu cuba ku madahkan
Untuk menjadi coretan gurindam yang terindah

Telah mungkinkah ku temui
Kasih yang ku dambakan
Setia yang lama ku impikan
Untuk mengisi ruang hidupku

Gurau sendamu membuatku senyum tertawa
Diriku lebih selesa kini kerna sudah punya teman untuk menemani
Dimatamu dapat ku lihat cahaya keikhlasan
Suaramu membuat ku tenang
Biarpun kita berdua sama tapi tak serupa
Yang penting kita saling memahami

Dulu perasaan seperti ini pernah ku rasa
Rasa nya yang begitu indah
Sungguh mendamaikan
Membuat hari-hari ku cerah
Membuat hati ini risau
Risau akan kehilangannya

Namun kini perasaan yang sama muncul kembali
Membuatku menjadi lebih risau akan kehilangan serinya lagi
Aku risau aku akan terlambat untuk meluahkan segalanya
Aku tidak mahu perkara yang sama berulang kembali

Risau ku kini berganda jadinya
Aku risau kau tak dapat menerima diriku ini
Mungkin aku tidaklah sesempurna lelaki yang kau idamkan selama ini

Namun cintaku ini seindah melihat matahari terbenam
Secerah cahaya matahari
Sejernih air laut
Matahari dan bulan pun mampu tersenyum andai melihat betapa agungnya cinta ini

Diriku tidaklah sekacak yusof
Mungkin juga cintaku ini tidak sehebat cinta khadijah
Mungkin juga kisah cinta ini tidak seagung kisah laila dan majnun
Tidak dapat aku membina monumen sehebat taj mahal untuk buktikan cinta ku ini
Namun hanya coretan ini yang mampu aku luahkan segalanya tentang cintaku ini

Terimalah coretan ini khas buat dirimu……….


-NUKILAN DJAMR22051993-

GEMBIRA VS DUKA

0 comments
Muzik-muzik indah sering bermain
Tatkala aku merasa gembira

Muzik-muzik duka sering bermain
Tatkala aku dalam kedukaan

Bila gembira semua kerja jadi

Bila berduka semua kerja tak guna

Bila gembira sering lupa pada tuhan

Bila berduka baru nak ingat pada tuhan

Bila gembira senyuman sentiasa terukir

Bila berduka tangisan yang menanti

Bila gembira rasa riangnya di hati

Bila berduka rasa kecewa di hati

Bila gembira keluarga dilupakan

Bila berduka keluarga yang dicari

Bila gembira lupa pada dunia

Bila berduka baru ingat pada akhirat

Gembira atau duka pasti akan berlaku pada diri setiap insan
Jika gembira bersyukur lah
Jika berduka berdoalah

Gembira atau duka jangan sesekali kita lupa atau jauh dari tuhan
Senantiasalah mendekatkan diri dengan tuhan

WASSALAM………..

-NUKILAN DJAMR22051993-

Tuesday, August 31, 2010

INSAN YANG DISAYANGI.....

0 comments
lahirnya kita di dunia ini kosong sahaja tiada apa-apa,
namun INSAN ini telah mengajar kita segalanya,
membesarkan kita tanpa mengharap sebarang balasan menyusul,
dengan satu harapan agar kita menjadi orang yang berguna...

ketika ketika menangis,
INSAN ini juga yang menenangkan kita,
kadang2 tangisan kita membuat INSAN ini terjaga dari tidur yang enak sambil ditemani mimpi yang indah,
namun INSAN ini tidak pernah sesekali mengeluh untuk menjaga kita,

ketika kita sakit,
INSAN ini juga yang sentiasa merawat kita,
sentiasa menjaga makan dan minum kita agar kita kembali sihat walaupun ketika INSAN ini juga sedang sakit...

ketika kita kecil dulu,
INSAN ini menegur kita jika ada salah yang dilakukan,
ketika kita lupa INSAN ini lah yang mengingatkan kita,
menghiburkan kita ketika dalam kedukaan,
penyembuh bagi kita ketika terluka....

KINI...
kita telah dewasa,
kita sedang enak mengejar cita-cita kita...

pernah tak walau sesaat mahupun sedetik kita mengingati INSAN ini???

jika pernah,
beruntung INSAN ini dan beruntung juga pada diri kita...

jika tidak,
kita lah golongan manusia yang tak pernah mengenang budi....

cuba kita imbas kembali,
ketika INSAN ini dalam kesedihan,
pernah kita mengesat air mata nya??
ataupun kita sendiri yang telah menumpahkan air mata INSAN ini???

ketika INSAN ini sakit,
pernah kita merawat nya??
mahupun menjenguk di rumah walaupun seketika??
entah-entah kita lah punca kesakitan INSAN ini???
disebabkan kita lah INSAN ini sakit...

ketika insan ini kesepian,
pernah tak kita cuba untuk menemani nya??
ataupun kita lah punca kesepiannya???
INSAN ini ditinggalnya kita sendirian di rumah???

begitu besar saja INSAN ini yang bergelar IBU,

jangan sesekali kita membuat ibu kita menitiskan air mata kekecewaan,
biarlah air mata yang menitis itu merupakan air mata kegembiraan...

ingat lah wahai semua insan yang bergelar manusia,
di kesempatan yang ada sama-sama lah kita,
jumpa ibu kita,peluk lah ibu kita seeratnya,
siapa tahu mungkin esok tiada lagi suara ibu dapat kedengaran...

wassalam....

-karya AMEER-

Saturday, June 26, 2010

3 ORANG.....

0 comments
ORANG YANG BERJAYA......

-hari ini lebih baik dari semalam


ORANG YANG TERPEDAYA.....

-hari ini sama dengan semalam


ORANG YANG CELAKA......

-hari ini lebih teruk dari semalam


-RENUNG-RENUNGKAN-

Saturday, January 23, 2010

6 hari lagi....

0 comments
sedar tak sedar dah 24 hari berlalu dalam tahun 2010,pelbagai pahit dan manis telah dilalui,
tinggal lebih kurang dlm 9 bulan sahaja lagi untuk menghadapi SPM.....
takut juga bila memikirkannya,perasaan gementar bercampur takut sentiasa menyelubungi diri,
tapi bila difikarkan tiada apa yg perlu ditakutkan jika kita dah bersedia untuk menghadapinya.

ada cerita yg nk dikongsikan sebenarnya,
baru2 ini ada pergi ke karnival JOM MASUK U di Stadium Malawati Shah Alam bagi mencari input2 yg berguna mngenai kos2 yg blh diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat universiti setelah tamatnya zaman persekolahan.

bile jalan punye jalan disana,tertarik dengan booth uitm yg menawarkan kos yg menjadi minat saya iaitu,mass communication,kelayakan untuk menyertai pengajian ini cukup mudah hanya perlu dapatkan kredit sahaja dlam SPM dan apa yang penting ialah bakat kita kerana kita haruslah melalui satu sesi temuduga sebelum diterima sebagai pelajar dalam jurusan ini.....

jalan punye jalan sampai la penat,saya dan kawan2 berehat seketika sebelum pulang ke sekolah kembali.....

kesimpulnnya,banyak faedah dan maklumat yg kami terima di karnival itu,terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur serta pihak2 universiti yg terlibat bg menjayakan karnival ini,diharap para pengunjung yg lain juga memperoleh pelbagai faedh di sana....

setakat itu saja yg nk dikongsikan,....

-salam 1 malaysia-