Thursday, July 26, 2012

HATI

“Dalam badan manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah manusia itu namun jika buruk daging itu maka buruklah manusia itu dan seketul daging itu adalah HATI”

 Melihat kepada ayat diatas cukup jelas menyatakan kepada kita mengenai sesuatu yang sangat penting dalam diri kita yang juga sebagai penggerak kepada diri kita iaitu HATI. Dan apabila bercerita mengenai HATI ini sudah pasti Ia berkaitan dengan jiwa.

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (QS. Asy-Syams: 9-10)

Dalam Al-Quran sendiri selalu menekankan soal HATI ini. Melihat kepada ayat diatas sendiri cukup menampakkan bahawa berbezanya kedudukan dua jenis HATI iaitu HATI yang bersih suci dan HATI yang kotor.

Sesungguhnya sudah pasti mereka yang memiliki HATI yang suci dan bersih ini adalah mereka yang mempunyai jiwa yang tenang dan aman. Dan beruntungnya mereka yang memiliki sekeping HATI yang suci dan bersih ini kerana sudah pasti kedudukan mereka di sisi ALLAH SWT adalah sangat tinggi.

Maka sebaliknya pula pada mereka yang mempunyai HATI yang kotor kerana sudah pasti golongan ini adalah mereka yang sentiasa rugi dan agaknya bagaimanakah kedudukan mereka disisi ALLAH SWT.

Pilihan terletak di tangan kita untuk memilih jenis HATI yang bagaimana yang ingin kita miliki. Nak yang bersih mahupun kotor. Semuanya terletak ada kita untuk memilihnya.

Nak mendapatkan HATI yang suci dan bersih ni bukan senang, perlukan pengorbanan bak kata orang dulu-dulu (bukan senang nak jadi senang). Sememangnya kita tahu akan perkara ini bukan? Namun kita selalu buat endah tak endah sahaja.

      Ada beberapa perkara yang boleh kita buat untuk mendapatkan HATI yang suci dan bersih ini adalah: 
          1) Sentiasa mengingati ALLAH dalam apa yang dilakukan     
      2)Sentiasa beribadat pada ALLAH 
      3)Menunaikan Solat tepat pada waktunya dan tidak melengahkannya 
      4)Lidah sentiasa dibasahi dengan berzikir pada ALLAH 
      5)Sentiasa melihat dan mendengar perkara-perkara baik 
      6)Sentiasa membaca AL-QURAN

Itu adalah antara beberapa tips untuk mendapatkan HATI yang suci dan bersih. Pilihan di tangan kita, manusia mampu berubah dan perlu berubah dan mengikut prinsip HIJRAH yang digunakan RASULULLAH SAW. Insyallah jika baik niat kita maka hasilnya juga adalah baik. Wassalam.

0 comments:

Post a Comment