Tuesday, May 8, 2012

REALITI

0 comments

Adakah mimpi hanya bayangan
Bisakah ia menjadi realiti
Jika ya menyusul bersama gembira
Jika tidak kecewa bersama
Ia hadir dalam mimpi
Adakah ianya mustahil
Atau hanya mainan tidur
Terus mengharap realiti itu
Walhal mustahil jawapanya
Hanya DIA yang mampu
Memberikan realiti itu
Pasti akan dicari
Sampai tiba di penamatnya.

Thursday, May 3, 2012

HARAPAN

0 comments

 Mimpi itu mainan
Diharap kenyataan menjelma
Jika tidak hampa la hati
Kerana mengharap pada bayangan
Hati terus membisik
Mengharap bisikan itu sampai
Sampai pada yang menanti
Bukan pada yang simpati
Siang malam silih berganti
Ibarat gelas yang kosong
Lampu tidak bercahaya
Satu perkataan yang diinginkan
Justeru wujud satu perasaan
Ibarat di syurga jika milikinya
Syurga yang senantiasa diinginkan
Syurga itu juga mampu berubah
Menjadi neraka yang hebat
Jika nafsu menguasainya
Gelap dan hitam la segalanya
Punah harapan serta impian