Thursday, November 25, 2010

Friday, November 19, 2010

BUATMU.......

0 comments
Mungkinkah diri ini tercipta untukmu
Ataupun dirimu telah tercipta untukku
Adakah kau pemilik tulang rusuk ku ini
Yang ku cari selama ini di segenap hidupku
Adakah kau pelengkap diriku ini
Yang ku cari selama ini untuk mengisi segenap ruang hidupku

Suaramu gemersik ibarat buluh perindu
Jika kau lagukan
Jika kau dendangkan
Ia dapat mengisi di ruang hatiku

Senyummu menusuk dan membelai di kalbu
Jika kau ukirkan
Jika kau pamirkan
Menjadi hiasan hidupku

Tiada kata mahupun ayat yang mampu untuk merungkaikan kecantikan mu

Tiada gambar mahupun lukisan untuk ku tunjuk perasaan ku ini

Tiada terkata seindah bahasa untuk ku huraikan untuk ku belaikan dirimu

Senyummu cuba ku ukir
Tawamu cuba ku lukis
Untuk menjadi susunan terindah potretku

Tiap katamu cuba ku syairkan
Tiap janjimu cuba ku madahkan
Untuk menjadi coretan gurindam yang terindah

Telah mungkinkah ku temui
Kasih yang ku dambakan
Setia yang lama ku impikan
Untuk mengisi ruang hidupku

Gurau sendamu membuatku senyum tertawa
Diriku lebih selesa kini kerna sudah punya teman untuk menemani
Dimatamu dapat ku lihat cahaya keikhlasan
Suaramu membuat ku tenang
Biarpun kita berdua sama tapi tak serupa
Yang penting kita saling memahami

Dulu perasaan seperti ini pernah ku rasa
Rasa nya yang begitu indah
Sungguh mendamaikan
Membuat hari-hari ku cerah
Membuat hati ini risau
Risau akan kehilangannya

Namun kini perasaan yang sama muncul kembali
Membuatku menjadi lebih risau akan kehilangan serinya lagi
Aku risau aku akan terlambat untuk meluahkan segalanya
Aku tidak mahu perkara yang sama berulang kembali

Risau ku kini berganda jadinya
Aku risau kau tak dapat menerima diriku ini
Mungkin aku tidaklah sesempurna lelaki yang kau idamkan selama ini

Namun cintaku ini seindah melihat matahari terbenam
Secerah cahaya matahari
Sejernih air laut
Matahari dan bulan pun mampu tersenyum andai melihat betapa agungnya cinta ini

Diriku tidaklah sekacak yusof
Mungkin juga cintaku ini tidak sehebat cinta khadijah
Mungkin juga kisah cinta ini tidak seagung kisah laila dan majnun
Tidak dapat aku membina monumen sehebat taj mahal untuk buktikan cinta ku ini
Namun hanya coretan ini yang mampu aku luahkan segalanya tentang cintaku ini

Terimalah coretan ini khas buat dirimu……….


-NUKILAN DJAMR22051993-

GEMBIRA VS DUKA

0 comments
Muzik-muzik indah sering bermain
Tatkala aku merasa gembira

Muzik-muzik duka sering bermain
Tatkala aku dalam kedukaan

Bila gembira semua kerja jadi

Bila berduka semua kerja tak guna

Bila gembira sering lupa pada tuhan

Bila berduka baru nak ingat pada tuhan

Bila gembira senyuman sentiasa terukir

Bila berduka tangisan yang menanti

Bila gembira rasa riangnya di hati

Bila berduka rasa kecewa di hati

Bila gembira keluarga dilupakan

Bila berduka keluarga yang dicari

Bila gembira lupa pada dunia

Bila berduka baru ingat pada akhirat

Gembira atau duka pasti akan berlaku pada diri setiap insan
Jika gembira bersyukur lah
Jika berduka berdoalah

Gembira atau duka jangan sesekali kita lupa atau jauh dari tuhan
Senantiasalah mendekatkan diri dengan tuhan

WASSALAM………..

-NUKILAN DJAMR22051993-