Saturday, August 27, 2011

Monday, August 8, 2011

Jodohku

0 comments

Apa khabar jodohku?

Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?

Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.

Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.

Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku, sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.

Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.

Jodohku, aku rindu..

Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.

Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku..

Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.

.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.

Jodohku..

Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.

Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.

Jodohku..

Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.

Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.

Jodohku..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.

Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.

Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.

Jodohku..

Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.

Jodohku..

Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.


BUATMU JODOHKU..

1 comments

Assalamualaikum...

Apa khabar bidadariku? Semoga bakal isteriku ini sentiasa tenang berada dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal alamin..

Bidadariku,

Tahukah dikau yang aku sentiasa merinduimu? Aku sentiasa berdoa agar dipertemukan denganmu kelak dan sesunggunhnya Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Dia telah menemukan aku denganmu.. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini, namun aku dapat merasakan bahawa engkaulah gadis solehah yang aku cari-cari selama ini.

Sayangku,

Sesungguhnya aku amat tertarik akan keindahan akhlak peribadimu dan itu amat membuatkan hatiku berdebar saat bertemu denganmu walaupun kau sentiasa menundukkan pandangan mata. Aku masih dapat melihat terpancarnya sinar nur dari wajahmu. Aku tidak memandang pada kejelitaan.. walau kurangnya paras rupamu, aku tetap bertekad ingin menyuntingmu buat menjadi isteriku dunia dan akhirat.

Wahai bidadariku,

Aku tidak sabar untuk menjadi suamimu.. merawat luka dan menghiburkan hatimu agar dikau sentiasa bahagia dalam mencari redha Ilahi, ku juga ingin merasa belaian mesra dari mu. Kerna itu aku sentiasa berdoa agar dikau menjadi pendampingku.

Kekasihku,

Aku ingin sentiasa membisikkan kalimah-kalimah suci di telingamu.. agar dikau dapat merasakan besarnya keagungan Allah s.w.t. Ku ingin mengejutkanmu saat malam yang dingin untuk sujud menyembah Ilahi.. Aku ingin membimbingmu dan aku juga mahu agar dikau sentiasa bersedia untuk menegur segala kekhilafanku.

Buat bakal isteriku,

Redha dan terimalah atas apa-apa sahaja ketentuan-Nya. Kerana Dia lebih mengetahui.. Jika benar kau adalah jodohku dan bakal calon bidadariku, aku memohon pada Ilahi agar dipercepatkan ijab dan kabul ini agar aku sah menjadi suami yang dapat mengimamkan solatmu..

Sekian sahaja warkahku ini..

Hanya satu pesananku. Jika kau mencintaiku, cintailah aku kerana Ilahi. Kerana aku hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa melainkan sekeping hati yang ikhlas mencintaimu kerana Allah..

Ikhlas daripada bakal suamimu..

Wednesday, June 15, 2011

DI MANA?

0 comments
DI MANA KAH AGAKNYA?

ANDAI AKU TAHU LOKASI NYA PASTI SEKARANG JUGA AKU AKAN TERUS KE SANA UNTUK BERTEMU DENGANNYA.

PELIK BUKAN?

APA AKU TENGAH MERAPU NI?..

HAAA..INILAH NAMANYA MAKNA TERSIRAT...

KORANG KENA CARI SENDIRI APA MAKNANYA..

YEEE..AKU BERCERITA MENGENAI CINTA.

TAHU APA ITU CINTA??..
PADA YANG SEDANG HANGAT BERCINTA SUDAH PASTI SANGAT DAN SANGAT MENGETAHUI APA ITU CINTA BUKAN.

YEE..NAMUN KITA TERLUPA APA MAKNA DAN TUJUAN SEBENAR KITA BERCINTA.

SESUNGGUHNYA CINTA YANG AKAN DIRESTUI IALAH CINTA KERANA ALLAH TAALA.
BUKAN CINTA KERANA CANTIK MAHUPUN LAWA.TAPI KERANA ALLAH.
JADI SEKARANG BAGI YANG TENGAH HANGAT BERCINTA.FIKIRKAN LAH APA SEBAB ANDA BERCINTA?ADAKAH KERANA ALLAH TAALA ATAUPUN SEBALIKNYA??..
MARI KITA FIKIRKAN BERSAMA..
JIKA ADA YANG BERCINTA KERANA PARAS RUPA??INGATLAH PARAS RUPA YANG LAWAN MAHUPUN CANTIK TIDAK AKAN KEKAL SELAMANYA.DENGAN SEKELIP MATA SAHAJA ALLAH BOLEH MERAMPAS KESEMPURNAAN ITU.

JADI,MARILAH BERSAMA KITA MENGINGATKAN DIRI MASING2 MENGENAI PERKARA INI DAN JUGA BERKONGSILAH DENGAN RAKAN ANDA KERANA SESUNGGUHNYA PERKONGSIAN ILMU YANG BAIK ITU SANGAT DITUNTUT OLEH ALLAH TAALA.


Monday, June 13, 2011

Memburu Cinta Sejati, Dalam Rangka Mencari Keredhaan Ilahi

0 comments
Assalamualaikum...

sudah lama jugak aku tidak menaip di ruang blogger ini.

kita terus kepada tajuk di atas yee."Memburu Cinta Sejati, Dalam Rangka Mencari Keredhaan Ilahi"

sesungguhnya hidup di dunia ini kita perlukan teman bukan?teman untuk berbual,teman untuk bergurau senda dan sudah pastinya yang dicari adalah teman dikala kita sedang berduka.

namun sedar tak sedar dalam proses kita mencari teman ini ataupun lebih popular dengan panggilan "kekasih" kita terlupa akan firman Allah s.w.t iaitu.

Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan pasangan yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?


baiklah.itu faktanya.

ringkas tepat dan padat.mari kita fikirkan bersama yeee..bukan untuk aku.tapi untuk anda semua.

Assalamualaikum

Saturday, May 21, 2011

MY BIRTHDAY CAKE...

0 comments
ALHAMDULILLAH...

ESOK 22 MEI 2011 BERSAMAAN HARI AHAD AKU AKAN MENDAFTAR DI UiTM KAMPUS ALOR GAJAH MELAKA DALAM JURUSAN DIPLOMA KOMUNIKASI DAN MEDIA (MASSCOMM).DAN UNTUK MAKLUMAN ANDA SEMUA ESOK JUGA LAH GENAP 18 TAHUN UMURKU..HAHA..ALHAMDULILLAH DUA PERKARA YANG BAIK DALAM HIDUPKU BERLAKU SERENTAK PADA HARI DAN TARIKH YANG SAMA.ITULAH KETENTUAN DARI ILLAHI BUAT DIRIKU....

BERBALIK KEPADA TAJUK DI ATAS,DISEBABKAN ESOK AKU MENDAFTAR DI UiTM JADI IBU DAN BAPAKU TELAH MEMBELI SEBIJI KEK BUAT AKU PADA HARI NI WALAUPUN ESOK HARI JADI AKU...HAHA...INI GAMBAR KEK NYAAAA..




APA2 PUN MUNGKIN INI ENTRY YANG TERAKHIR UNTUK BULAN INI YE SEBAB ALMAKLUMLAH ADA ORIENTASI KAN UNTUK PELAJAR BARU MULAI ESOK.JADI AKAN BUSY SEPENUHNYA....DAN SEKARANG AKU HANYA MENANTI UNTUK HADIRNYA HARI ESOK...

Thursday, May 5, 2011

ALHAMDULILLAH...

0 comments
ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH SYUKUR TAK TERHINGGA KE HADRAT ILLAHI KERANA TELAH MAKBULKAN DOA KU...AMINNN...

SEJAK DUA MENJAK NI AKU SANGAT2 RISAU DAN TAKUT MENANTI AKAN KEPUTUSAN KE IPTA DAN ALHAMDULILLAH INI YANG AKU DAPAT..








SYUKUR SANGAT2...GEMBIRA X TERKIRA NIII..HEHE..

KEPADA SEMUA PELAJAR LEPASAN SPM 2010 YANG TELAH MENDAPAT TAWARAN KE IPTA TAHNIAH DIUCAPKAN DAN KEPADA YANG X DAPAT JANGAN BERPUTUS ASA MUNGKIN PELUANG ANDA DI TEMPAT LAIN.INSYALLAH...

Wednesday, May 4, 2011

2 HARI LAGI...

0 comments


ASSALAMUALAIKUM....

2 HARI LAGI???HMMMMM...

ADA APA AGAKNYA 6 MEI NI BERSAMAAN JUMAAT NI YEEE...

HAAA....UNTUK MAKLUMAN SEMUA PADA TARIKH INI LAA KEPUTUSAN TAWARAN KE IPTA AKAN DIUMUMKAN DAN SUDAH PASTI SEMUA PELAJAR LEPASAN SPM 2010 TERNANTI AKAN HARI TERSEBUT KAN?..HAHA..TERMASUKLAH AKU.

AKU RISAU MENANTIKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA DIPLOMA KOMUNIKASI DAN MEDIA.SEJAK DUA MENJAK NI SETIAP SAAT DAN KETIKA AKU TERFIKIRKAN TENTANG PERKARA NI.SAMPAI TIDUR PUN AKU TERBAYANG-BAYANGKAN PERKARA NI.INSYALLAH JIKA AKU DITAWARKAN DIPLOMA KOMUNIKASI DAN MEDIA NI AKU AKAN BELAJAR DI KAMPUS UiTM ALOR GAJAH,MELAKA.

ITU SAHAJA LAH CERITA KU UTK KALI INI.BUKAN APA SAJA NAK MELUAHKAN SIKIT ISI HATI DI SINI...ASSALAMUALAIKUM

Sunday, May 1, 2011

BULAN MEI

0 comments

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT SEMUA..

ALHAMDULILLAH SEDAR TAK SEDAR DAH MASUK KE BULAN MEI RUPANYA YE,
BEGITU CEPAT MASA BERLALU BUKAN?.KERANA ITULAH MASA ITU EMAS.SANGAT BERHARGA NILAINYA DAN JIKA BERLALU SUKAR UNTUK DIKEMBALIKAN LAGI.

BULAN MEI?....HMMMM
KALAU NAK TAHU BULAN MEI ADALAH BULAN YANG SANGAT BERMAKNA BAGI AKU SEBAB ADA 3 TARIKH YANG SANGAT BERMAKNA BUAT KU IAITU 6 MEI,22 MEI DAN 23 MEI..

HAAAA...MESTI KORANG SEMUA NAK TAHU KENAPA 3 TARIKH TU PENTING KAN?..OK2.

UNTUK MAKLUMAN SEMUA 6 MEI ADALAH TARIKH LAHIR AYAH KU,22 MEI TARIKH LAHIR KU PULA DAN GENAPLAH 18 TAHUN UMURKU MANAKALA 23 MEI PULA IALAH TARIKH LAHIR IBUKU...

HMMM...NAMUN SATU LAGI PERKARA PENTING YANG AKAN BERLAKU DALAM HIDUPKU PADA 6 MEI IALAH DIMANA KEPUTUSAN TEMUDUGA BAGI DIPLOMA KOMUIKASI DAN MEDIA ATAUPUN NAMA POPULARNYA MASSCOMM AKAN KELUAR PADA HARI TERSEBUT DAN SEMESTINYA AKU MENGHARAP YANG AKU AKAN DAPAT KE KOS TU DAN AKAN DIJADIKAN SEBAGAI HADIAH YANG BERMAKNA BUAT AYAHKU SEMPENA ULANGTAHUN KELAHIRANNYA...INSYALLAH...SIANG DAN MALAM TAK PERNAH PUTUS AKU BERDOA UNTUK INI KERANA INILAH MINATKU DAN AKU YAKIN DAN PERCAYA BAHAWA AKU DILAHIRKAN DI DUNIA INI UNTUK BERADA DALAM DUNIA INI IAITU DUNIA KOMUNIKASI DAN MEDIA..BERDASARKAN BAKAT DAN KEBOLEHAN YANG DIKURNIAKAN JIKA DIBERI PELUANG AKU AKAN BANGGAKAN IBU DAN AYAH KU SUATU HARI NANTI..INSYALLAH...

APA2 PUN ...TAHNIAH KEPADA SAHABAT2 KU YANG MENDAPAT TAWARAN KE MATRIKULASI DAN SELAMAT BERJAYA UNTUK MASA DEPAN ANDA SEMUA...DAN BAGI YANG MENUNGGU TAWARAN KE IPTA SEPERTI AKU SELAMAT BERJAYA YE.ADA REZEKI INSYALLAH DAPATLAHH

SETAKAT INI SAHAJA CORETAN UNTUK KALI INI..ASSALAMUALAIKUM..

Thursday, April 21, 2011

SAHABAT

0 comments

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT SEMUA

KITA TERUS KEPADA TAJUK DI ATAS IAITU
SAHABAT

SUDAH PASTI SEMUA DI ANTARA KITA ADA SAHABAT BUKAN??

JADI DI SINI SAYA INGIN BERKONGSI BEBERAPA

TIP UNTUK MENGERATKAN HUBUNGAN DENGAN SAHABAT

1.KENANG SEGALA KEBAIKAN YANG PERNAH DILAKUKANNYA TERHADAP ANDA DAN JANGAN TERLALU MENGUNGKIT SEMUA BAKTI YANG PERNAH KITA BERIKAN PADANYA.

2.JANGAN TERLALU MENYAYANGINYA SEHINGGA MEMBIARKANNYA MELAKUKAN KEROSAKAN TERHADAP DIRINYA ATAU TERHADAP DIRI ANDA.

3.HORMATI DIRINYA DAN KEADAANNYA.

4.JANGAN SESEKALI MERENDAH-RENDAHKAN DIRINYA.

5.BERJABAT TANGAN DENGANNYA SETIAP KALI BERTEMU DAN SENTIASA BERMANIS MUKA.

6.SENTIASA MENDOAKAN KEBAIKAN UNTUKNYA.

7.MENEGUR DAN MENASIHATINYA JIKA DIA MELAKUKAN SEBARANG KESALAHAN ATAU MAKSIAT.KAWAN YANG BAIK TIDAK AKAN MEMBIARKAN SAHABATNYA HANYUT DALAM MAKSIAT.

8.JANGAN MEMINTA SESUATU YANG TIDAK DAPAT DILAKUKANNYA ATAU SESUATU YANG AKAN MENYUSAHKANNYA.

9.SENTIASA BERSEDIA MENGHULURKAN BANTUAN BILA-BILA MASA DI PERLUKAN.

10.MEMANGGILNYA DENGAN NAMA ATAU GELARAN YANG DISUKAINYA.

11.UTAMAKAN KEPENTINGAN SAHABAT DAN DIRI SENDIRI.



JADI,ITULAH 11 TIP YANG SAYA CUBA KONGSIKAN UNTUK ANDA SEMUA.
JIKA ANDA SAYANGKAN SAHABAT ANDA,AMALKAN LAH TIP2 TERSEBUT,
INSYALLAH PERSAHABATAN YANG TERJALIN AKAN KEKAL SELAMANYA.




Wednesday, April 20, 2011

SURAT DARI IBU

0 comments
JOM SAKSIKAN VIDEO DI BAWAH INI.SURAT DARI SEORANG IBU KEPADA ANAK-ANAK NYA.



PENGORBANAN

0 comments

MELATI KUNTUM TUMBUH MELATA,
SAYANG SI MERBAH DI POHON CEMARA,
ASSALAMUALAIKUM MULANYA KATA,
SAYA SEMBAH PEMBUKA BICARA.

EWAH2...BERPANTUN PULAK YE KALI NI..HAHA
BUKAN NYA PANTUN YANG INGIN DICERITAKAN PADA KALI INI
NAMUN
INGIN BERCERITA MENGENAI PENGORBANAN

HMMMM..PENGORBANAN APA YE??...
SUDAH PASTI YANG INGIN DICERITAKAN
IALAH
PENGORBANAN AYAH DAN IBU

JOM KITA MULAKAN

PENGORBANAN IBU

1.MENGANDUNG SELAMA SEMBILAN BULAN.MENGALAMI PELBAGAI MASALAH KESIHATAN SELAMA MENGANDUNG,MEMBAWA PERUT YANG SARAT,TIDAK SELESA DENGAN PERUBAHAN FIZIKAL DAN EMOSI SERING TERGANGGU.
2.MELAHIRKAN ANAK.BERTARUNG NYAWA UNTUK MELAHIRKAN SEORANG ANAK KE DUNIA INI DAN KESAKITAN YANG BUKAN KEPALANG.
3.MEMELIHARA ANAK DARI KECIL HINGGA DEWASA.
4.MENCURAH KASIH SAYANG YANG TIDAK BERBELAH BAGI.


PENGORBANAN BAPA

1.MENCARI SEORANG IBU YANG HEBAT UNTUK KITA.
2.BERTUNGKUS LUMUS MENYEDIAKAN KEPERLUAN ANAK-ANAK.
3.BEKERJA SIANG DAN MALAM UNTUK MEMASTIKAN ANAK-ANAK MENDAPAT KEPERLUAN YANG BAIK DAN SELESA.
4.BERUSAHA MENDIDIK ANAK DAN MENTARBIAHKAN ANAK-ANAK AGAR MENJADI INSAN YANG BERGUNA.
5.TABAH DAN SABAR MENGHADAPI KERENAH ANAK-ANAK.



LIHATLAH,RENUNGLAH PENGORBANAN IBU DAN BAPA KITA

-SALAM SAYANG DJAMR22051993-

DOA

0 comments
ASSALAMUALAIKUM SEMUA

untuk entri kali ni ada beberapa tips yang nak dikongsikan dengan anda semua

-TIPS AGAR DOA DIMAKBULKAN-

1.BERDOA DENGAN IKHLAS DAN JUJUR KEPADA ALLAH SWT.
2.MEMULAKAN DENGAN PUJIAN KEPADA ALLAH DAN SELAWAT KE ATAS NABI SAW.
3.MENGAKHIRI DOA DENGAN PUJIAN KEPADA ALLAH SWT DAN SELAWAT KE ATAS NABI SAW.
4.MENGHADIRKAN HATI DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH KETIKA BERDOA.
5.BERDOA DENGAN KHUSYUK DAN MERENDAH DIRI.
6.MENGANGKAT KEDUA-DUA BELAH TANGAN.
7.BERDOA DENGAN SABAR DAN TIDAK TERBURU-BURU MENANTI JAWAPAN.
8.BERDOA DALAM KEADAAN SENANG MAHUPUN SUSAH.
9.JANGAN SESEKALI MENDOAKAN SESUATU YANG BURUK KEPADA ORANG LAIN.
10.MENGHINDARI BERDOA DI TEMPAT MAKSIAT.
11.BERDOA DENGAN SUARA YANG RENDAH DAN TAWADUK.
12.MENGHADAP KE ARAH KIBLAT.
13.BERDOA DALAM KEADAAN BERWUDUK.
14.BERTAUBAT KEPADA ALLAH SEBELUM BERDOA.
15.MENYERU ALLAH DENGAN NAMA-NAMA NYA YANG MULIA(ASMAUL-HUSNA).
16.BERDOA UNTUK DIRI SENDIRI SEBELUM MENDOAKAN ORANG LAIN.
17.MERAPATKAN JARI-JARI KECUALI IBU JARI.
18.MENYAPU MUKA DENGAN TANGAN SETELAH SELESAI BERDOA.
19.MENGAMINKAN DOA YANG DIBACA.

RENUNG-RENUNGKAN
DAN
SELAMAT BERAMAL

Tuesday, April 19, 2011

Thursday, January 6, 2011

BOSAN DAN PENING

0 comments
ASSALAMUALAIKUM pembuka bicara,
dah lama juga tak update blog ni ye,hehe
bukannya disebabkan busy sangat pun tapi sebab malas nak update,
entah tiba-tiba rasa nak update pula ini blog pada ini malam..huhu

berbalik kepada tajuk post pada kali ni iaitu BOSAN dan PENING,

dua perkara yang berbeza makna namun mampu membuat diri begitu resah gelisah..hehe
nak tahu kenapa??

almaklumlah,aku kan baru je lepas spm,jadi dengan itu banyaklah masa ku yang terluang,
hmmm..kenapa tak buat aktiviti yang berfaedah??
banyak masa aku diluangkan di hadapan komputer sahaja,asyik mengupdate facebook
berfaedah ke tu??haha.
sudah pasti tidak la kan...hehe..tahu tak pe..
hari demi hari aku jalani dengan membuatkan diri ini merasa makin bosan apabila berada di rumah..hahah....
itulah punca datangnya bosan pada diri ku ini...

berbalik kepada pening pula,
ada satu perkara yang nak sangat aku lakukan iaitu pergi gym untuk dapatkan shape badan yang cantik..hahah...(SEKARANG NI PUN CANTIK JUGA)
tapi bila difikirkan balik,lebih elok kalau aku kerja kan??betul tak??(kalau betul korang senyum la)aku bukan nampak pon ek..hehe
dua perkara ni la yang buat aku pening dan sangat pening...huhu..(masalah dunia ni)..

secara kesimpulannya bosan bila dicampur dengan pening hasilnya apa ek??haha
pandai2 la korang fikirkan untuk aku ek...hahaha
akhir kata dari aku usah biarkan diri anda diselubungi bosan dan pening..haha...boleh plak cam tu ek....hehe

-CINTA DAN KASIH PADA YANG SATU-